Saturday 1 February 2014

Manusia


"Zamir,kau tengok si mamat tu."

"Hah2!kenapa dengan dia?"

"Kau tengok lah betul-betul!"Nada bersungguh.

"Yelah nie!dari tadi aku dah tengok dia.bukan 5 minit tadi pun kau suruh aku tengok dia ke?"

"Errk yeke?Ohh.Ok2"

"Kau dah kenapa?"

"Aik.kau nie tengok dengan mata ke apa!?"tanya Zai dengan nada sedikit tinggi.

"Aku tengok dengan mata hati.hee."Sengih kerang busuk.

"Kalau tengok dengan mata hati pun Zamir,akan nampak lah!"

"Ohh.ok2..aku faham.kau point dekat dia punya AURAT kan?"

"Absolutely!"

"Amboi,Omputeh kemain!kau nie band berapa?haha."gelak guling2.

"Band2 jangan main dekat sini ye.ada yang makan penumbuk nanti."

"Relax bro!tak pe lah bro.kita dah pernah tegur dia.Dah buat macam-macam pasal tu.Dah bagi sarung kaki bagai."

"Patutlah!dia lelaki lah!Pehal kau bagi sarung kaki!?

"Ehh silap-silap.aku siap belanja dia seluar sukan.jenama lagi tu!tapi dia lagi suka seluar pendek.nak buat camner."Terang Zamir.

"Ok2."

"Yang kau FIKIRKAN sangat pasal dia nie pehal?Dia bukan ROOMATE kau.Dia bukan KETUA kelab Madah Bersatu kau,kau pun bukan kenal dia sangat..BACKGROUND dia,PELAJARAN dia.Semua pasal dia kau tak tau dengan details pun."

"Kau nie kan.Tak faham.aku tak kenal dia secara DEKAT.secara FACE TO FACE.Tapi aku kenal dia secara belakang.Aku kenal KAWAN-KAWAN dia,GENG-GENG dia.Dorang nie lah ada cerita pasal dia.Ada yang BAIK.Ada yang BURUK."
"Yang BURUK nie lah aku nak tau seburuk mana dia."Bukan nak tau aib dia.Cuma ada rasa TANGGUNGJAWAB nak betulkan dia.manalah tau dia boleh jadi GENG BAIK kita."

"Betul jugak tu.kau FACE TO FACE je lah dengan dia.Cakap pe kau rasa."

"Come on lah Zamir.Kau kena faham perangai orang.aku rasa orang macam dia ada caranya.kena masuk dengan dia.BERGAUL dengan dia.BARU KENAL dia.Tak ada lah nak HUKUM sesuka hati saja."

"Alright!Mulai sekarang,kita cuba yang terbaik dekati dia.Tapi kalau dia tak nak?"

"Kita cuba lagi lah Zamir."

"Ok.semangat betul sahabat aku sorang nie."

"Mestilah.aku nampak dia ada potensi jadi lebih hebat daripada PENGERUSI KELAB MADAH dekat kolej kita nie."

"Erkk.kaitan sangat."
Manusia,
kau hanya hamba yang hina,
Walaupun kau mendapat tempat yang tertinggi di dunia,
Harta yang banyak tak terkira,
Tapi boleh jadi kau orang yang senang lupa,
Untuk apa kau dicipta,
Siapa yang Maha Kuasa,
Itu lah engkau yang bernama manusia,
Yang Hina lagi Dina.
Lebih kepada teguran diri sendiri.
Dan sahabat yang disayangi.

FIKIRKAN,kenapa saya sibuk nak fikir pasal manusia lain?
Adakah atas nama UKHWAH BERSAHABAT?
FIKIRKAN.

Friday 31 January 2014

Hati


Hati,
janganlah engkau mati,
kerana ia milik illahi,
yang perlu dikembalikan nanti.

Hati,
kuatkanlah dirimu ini,
Biasalah hidup di dunia yang penuh mimpi,
bersabarlah untuk negeri yang abadi.

Hati,
Sabarlah taktala diri di hina dan di maki,
itu tandanya redha illahi,
untuk meningkatkan darjatmu di sisi-Nya lagi.

Hati,
Engkau berbolak balik lagi hari ini,
Semoga ada yang sentiasa menasihati diri,
agar tidak hanyut dek fatamorgana duniawi,
yang banyak meracuni diri insani.

Hati,
Engkau ada cinta yang sejati,
cinta manusia adalah fitrah di dalam diri,
Usah di halang tapi perlu diawasi,
dengan ilmu dan Iman yang dimiliki.

Hati,
Setan itu penghasut tegar dirimu ini,
dekatkan diri dengan cinta murabbi,
Dia lah Allah yang Maha Esa sekali,
No,No,No to neraka yang melaknati.



Hidupkanlah hati-hati kita dengan zikrullah.
Cuba sebut 'Allah'.
Kalau tak bergetar hati kita,ada masalah lah tu.
Sebab,
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,bertambah (kuat) imannya,dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."(Al-Anfal:2)
Ingat sahabat,
bila hati mati,
manusia tu bukan lagi manusia.
tapi ibarat zombie.


Jasad kita tak akan dinilai di hadapan Allah s.w.t
tetapi hati kita akan dinilai.
Baik Buruknya.
jadi...

Semuanya terletak padaaaa...

HATI.

Tuesday 21 May 2013

Mirror, mirror on the wall...



"Masa dulu, aku telah banyak berdosa kepadaNya. Ya Allah, ampunkan aku! Tolonglah terima taubatku ini ya Allah!"

"Aku ingin berubah. Aku sudah takut untuk berbuat dosa. Tetapi, mampukah masyarakat menerima aku kembali setelah aku mengaibkan diriku di hadapan mereka? Masih ada orangkah yang akan mempercayaiku?"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sahabat-sahabatku. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, saya memulakan hujah saya pada malam ini.

Hujah saya pada hari ini bertajuk "Cermin". Mudah bukan? Kenapa ianya bertajuk begitu? Tatkala anda berdiri di hadapan cermin, siapakah yang akan anda nampak? Kalau bukan diri anda, bahaya alamatnya tu. Hehe..

Okaylah sahabat. Kita dalam hidup ini mesti pernah berbuat dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Kita ini tidak pernah dapat melarikan diri daripada membuat kesilapan. Kita bukan maksum ya? Selepas kita sudah sedar, barulah terbukanya hati kita untuk menerima hidayah Allah. Dan pada ketika itulah kita akan bertaubat.

Tapi masalahnya, kesilapan kita yang lampau telah memberi kesan dalam hidup sosial anda. Sama ada terhadap keluarga, sahabat, ataupun jiran tetangga. Jadi kita terfikir-fikir jika perubahan kita ini akan diterima oleh mereka atau tidak? Adakah mereka yang akan membantu kita dalam perubahan ini? Atau mereka yang akan membantutkan proses itu?

Mulut manusia kita tidak boleh tutup. Mereka memang akan berkata-kata. Kita nak larang, siapalah kita kan? Mungkin mereka akan berkata bahawa perubahan kita ini hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Tak pun mereka akan membuka aib kita yang lama. Lama-kelamaan kita yang stres selepas itu kita berbalik kepada perangai yang lama. Sia-sia sahaja.

Jadi, perlukah kita mendengar kata-kata mereka? Mereka bukanlah Tuhan untuk menghukum kita, malah mereka juga bukanlah yang memberikan hidayah kepada kita. Kalau kata-kata itu telah melemahkan semangat kita, jadi hentikan telinga kita daripada mendengar kata-kata itu dan terus maju ke hadapan.

Allah berfirman dalam Surah Al-An'am Ayat 125 "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam"
Jadi sahabat, jika kita melihat cermin, apa yang dipaparkan oleh cermin ialah diri kita yang sekarang. Bukanlah diri kita yang terdahulu! Jika sudah membuat kesilapan pada hari ini dan kita telah meminta keampunan daripada Allah SWT, maka pada hari esoknya, kita akan melihat diri kita yang baru di hadapan cermin. Cermin tidak pernah menunjukkan sifat kita yang sebelum ini.

Jadi bersyukurlah kerana hidayah telah sampai kepada kita. Apa yang orang nak katakan, biarkan sahaja. Teruskan perjalanan hidup kita di jalan yang direstui oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra'ad 11 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.”
Apa yang saya tulis ini adalah untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat saya yang saya sayangi. Segala kebaikan itu datangnya daripada Allah SWT, dan segala kelemahan itudatangnya daripada saya. Moga post ini dapat memberi manfaat kepada pembacanya. Amin, InsyaAllah. Selamat berjuang ke arah kebaikan sahabat! Assalamualaikum!

Thursday 16 May 2013

#1:Imam Syafie Rahimahullah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Hari ini nak cerita pasal seorang tokoh.
Tokoh Imam Empat Mazhab.
Seperti yang kita ketahui,Kita berpegang kepada Mazhab Imam Syafie.
Tak kenal maka,Taaruf(berkenalan)
Jadi,lebih baik kita mengenali sedikit latar belakang Imam Syafie Rahimahullah.
Bismillahirrahmanirrahim.

Latar Belakang

Nama beliau ialah:Muhammad Bin Idris Bin Uthman Abbas Bin Uthman Syafie Bin Saib.
Berketurunan:Quraisy
Ibu Bapanya berasal daripada Makkah.
Keturunan mereka mempunyai Hubungan dengan Nabi Muhammad SAW
Dilahirkan di Gaza,Palestin pada Bulan Rejab tahun 150 Hijrah/767 Masihi

Ketika mereka melawat ke Palestin,Bapanya telah meninggal dunia dan ketika itu,Iman Syafie  masih berada di dalam kandungan Ibunya.
Kembali ke Makkah pada usia 2 tahun bersama Ibunya.

Dikenali sebagai "As-Syafie" Sempena nama moyangnya yang keempat iaitu,Syafie bin Saib.
Imam Syafie Rahimahullah meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 204 Hijrah/821 Masihi di Mesir ketika berumur 54 tahun setelah menetap disana selama 6 tahun.

Sifat Peribadi

1-Fasih bercakap,suaranya menarik dan seorang Qari yang masyur.
2-Berakhlak mulia,Kuat Ingatan dan Berhemah Tinggi.
3-Sentiasa beradab dan berdisiplin.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan pada tiap-tiap
lebih kurang seratus tahun seorang yang akan menerangkan semula ajaran agama-Nya.
Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah berkata,"Sesungguhnya aku melihat pada
Seratus Tahun Pertama seorang lelaki daripada keluarga Rasulullah yang memperbaharui
urusan umat ialah Umar Bin Abdul Aziz.Dan pada permulaan
Seratus Tahun Kedua,ialah Muhammad Bin Idris Syafie Rahimahullah.
Pendidikan

Sejak kecil,Imam Syafie telah mempelajari Al-Quran dan pada usia 9 tahun,Beliau telah menghafaz
keseluruhan Al-Quran.
Disebabkan minat yang mendalam di dalam ilmu pengetahuan,Imam Syafie mempelajari Bahasa dan Kesusasteraan Arab,Adab Resam dan Kebudayaan Arab di Sebuah Kampung Badwi Bani Huzail. 
Beliau tinggal selama beberapa tahun sehingga mahir dalam bidang penulisan dan menggubah syair dengan baik dan indah.

Kembali ke Makkah,Mempelajari:
Ilmu Feqah--->Imam Muslim Bin Khalid Az-Zinji(Ulama' dan Mufti Makkah)
Ilmu Hadis--->Imam Sufyan Bin U'yainah(Ain,Ya,Ya,Nun,Ta)(Ulama' Hadis yang masyur di Makkah)
Al-Quran---> Di Masjidil Haraam,Makkah.

Guru-guru Imam Syafie mengkagumi kebolehan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu walaupun
baru berumur 13 Tahun.
Semasa berusia 15 Tahun,Imam Syafie telah diberi pengiktirafan oleh guru-gurunya untuk menjadi guru(Syeikh) dalam Masjidil Haraam dan kebenaran fatwa dikeluarkan.

Beliau mengutip kertas dipejabat yang dibuang dalam bakul sampah untuk menulis pelajarannya disebabkan kemiskinan.
Beliau tidak berasa hina akan tetapi menjadi satu cabaran untuk terus belajar.

Imam Syafie sentiasa berusaha menghafaz setiap pelajaran yang dipelajari daripada gurunya.
Beliau menghafaz kitab "Muwata'" iaitu Karangan Imam Malik Rahimahullah sebelum ke Madinah untuk berguru dengannya.
Disebabkan sangat rajin menuntut ilmu,Orang bertanya kepadanya.
"Bagaimana engkau menuntut ilmu?"
Beliau menjawab,"Bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya."
Subhanallah!Betapa hebatnya cara Imam Syafie menuntut ilmu.
Cuba bayangkan bagaiman seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya.
Mesti siang dan malam akan terus mencari-cari tanpa berputus asa.

Beliau pergi ke Madinah untuk berguru dengan Imam Malik tentang Ilmu Hadis
dan mendalami Kitab Muwata'.Semasa tinggal di Madinah selama 8 bulan,
Kebolehan beliau diakui oleh Imam Malik dan Para Ulama' terkemuka di sana.

Selepas itu Imam Syafie pergi ke Iraq untuk berguru dengan Ulama' di sana seperti:
1-Imam Abu Yusuf
2-Imam Muhammad Bin Hassan As-Syaibani.

Beliau juga pergi ke Parsi dan Palestin untuk menuntut ilmu disamping menyebarkan ilmu
yang dipelajarinya.
Pulang ke Madinah untuk menziarahi Imam Malik dan selepas itu Beliau pergi ke
negeri Yaman,Iraq dan kembali semula ke Makkah.
17 tahun kemudian Beliau pergi ke Mesir sehingga Beliau meninggal dunia 6 tahun kemudiannya.

Begitulah kesungguhan Imam Syafie mempelajari dan mengajar ilmu pengetahuan.
Hebatnya!

Perkembangan Mazhab Syafie

Imam Syafie merupakan pengasas Mazhab Syafie.
Beliau bekas pengikut Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi.
Mazhab Syafie sebagai penyesuaian atau mengambil jalan tengah antara dua aliran mazhab iaitu:
1-Mazhab Ahli Hadis(Di Hijjaz)
2-Mazhab Ahli Ra'yi(Di Iraq)

Mazhab ini mengambil kedua-dua hujah aqliah dan naqliah sebagai dasar pengambilan hukum.
Walaubagaimanapun,Mazhab ini mempunyai dua pendapat:
1-Pendapat atau hukum yang dikeluarkan semasa beliau di Makkah dan Madinah,dinamakan "Qaulun Qadim".
2-Pendapat yang dikeluarkan semasa berada di Mesir dinamakan "Qaulun Jadid"
Banyak fatwa yang dikeluarkan semasa di Madinah dan di Makkah ditarik balik dan dikeluarkan pula fatwa yang baru.

Peringkat awal perkembangan di Hijjaz(Makkah dan Madinah)
Kemudian tersebar di Mesir,Palestin dan Negeri-negeri Afrika Utara.
Ketika di Mesir,Imam Syafie telah mengembangkan pengajarannya secara meluas sehingga ramai pengikut-pengikutnya dan murid-muridnya yang turut menyebarkan mazhab ini diluar Mesir.

Mazhab Syafie terus berkembang di Yaman,India dan Asia Tenggara(Indochina,Thailand,Malaysia,Indonesia,Brunei dan Filipina)

Faktor Perkembangan Mazhab Syafie di Asia Tenggara

Dakwah--->Pendakwah yang datang dari Tanah Arab yang kebanyakkannya Mazhab Syafie.
Perdagangan--->Hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dan Negeri-negeri Arab terjalin sebelum kelahiran Islam lagi.Pedagang Arab memainkan peranan penting dalam penyebaran Mazhab Syafie.
Pusat Pengajian--->Pembinaan pusat pengajian seperti pondok,pesantren,dan madrasah.

Mari kita lihat Syair Imam Syafie.
"Ilmu laksana binatang buruan,
Tulisan itu talinya,
Ikat buruanmu itu dengan tali yang kuat berutas.
Adalah bodoh orang yang memburu rusa baginya
membiarkannya dicelah-celah orang ramai,
Lari terlepas."
Sumbangan Imam Syafie Rahimahullah 

1-Pengasas Mazhab Syafie

2-Hasil kerja/Karya Penulisan yang dibukukan ialah:
   (a)Ar-Risalah,Mengandungi Usul Fikh
   (b)Al Ummu,Mengandungi Ilmu Fekah
   (c)Al Musnad,Mengandungi Hadis-hadis Rasulullah
   (d)Ikhtilaful Hadis
   (e)Kitabul Feqah
   (f)Al Jami'ul Kabir

3-Murid-murid Imam Syafie Rahimahullah:
   (a)Imam Abu Ibrahim Ismail Bin Yahya Al-Muzani
   (b)Imam Rabi' Bin Sulaiman Bin Abdul Jabbar Al-Murawi
   (c)Imam Abu Sur Ibrahim Bin Khalid Bin Yamin Al-Kalbi
   (d)Imam Hassan Bin Ahmad Za'farani
   (e)Imam Ahmad Bin Hanbal As-Syaibani

Mari kita lihat kata-kata Hikmah Imam Syafie Rahimahullah.


4 perkara yang menajamkan fikiran:
 (a)bercakap dengan orang Soleh
 (b)Tidak banyak berbual kosong
 (c)Bergaul dengan Para Ulama'
 (d)Rajin Bersugi

4 perkara yang menajamkan mata:
 (a)Duduk menghadap kiblat
 (b)Bercelak sebelum tidur
 (c)Memandang yang hijau
 (d)Berpakaian bersih

4 perkara yang menguatkan badan:
 (a)Berpakaian daripada kapas
 (b)Memakai haruman
 (c)Memakan Daging
 (d)Kerap Mandi

4 perkara yang merosakkan mata:
 (a)Melihat orang yang dibunuh
 (b)Membelakangi kiblat
 (c)Memandang najis
 (d)Melihat kemaluan

4 perkara yang melemahkan badan:
 (a)Banyak minum ketika makan
 (b)Banyak makan bahan masam
 (c)Banyak bersetubuh
 (d)Selalu cemas

Imam Syafie juga doktor hati.
Beliau berpesan,

Bukan itu sahaja,

Kata-kata yang paling menusuk jiwa ialah:
"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar,
maka kamu akan menanggung peritnya KEBODOHAN."
Wallahua'lam.
Semoga Bermanfaat ye!
Maaf kalau entri ini ada khilaf.
Sekiranya ada yang tersalah,sudi-sudi lah untuk menegur.
Contohilah Para Ulama' kerana mereka mewarisi Anbiya'.

Baca lah ye:)
Ini pegangan Mazhab kita.
Mazhab Syafie.
Siapa tak kenal,maka tak Cinta.
Itulah peribahasa Melayu.

Khairu minalallah Wa Syarru minal nafsi.

ShareThis