Thursday 16 May 2013

#1:Imam Syafie Rahimahullah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Hari ini nak cerita pasal seorang tokoh.
Tokoh Imam Empat Mazhab.
Seperti yang kita ketahui,Kita berpegang kepada Mazhab Imam Syafie.
Tak kenal maka,Taaruf(berkenalan)
Jadi,lebih baik kita mengenali sedikit latar belakang Imam Syafie Rahimahullah.
Bismillahirrahmanirrahim.

Latar Belakang

Nama beliau ialah:Muhammad Bin Idris Bin Uthman Abbas Bin Uthman Syafie Bin Saib.
Berketurunan:Quraisy
Ibu Bapanya berasal daripada Makkah.
Keturunan mereka mempunyai Hubungan dengan Nabi Muhammad SAW
Dilahirkan di Gaza,Palestin pada Bulan Rejab tahun 150 Hijrah/767 Masihi

Ketika mereka melawat ke Palestin,Bapanya telah meninggal dunia dan ketika itu,Iman Syafie  masih berada di dalam kandungan Ibunya.
Kembali ke Makkah pada usia 2 tahun bersama Ibunya.

Dikenali sebagai "As-Syafie" Sempena nama moyangnya yang keempat iaitu,Syafie bin Saib.
Imam Syafie Rahimahullah meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 204 Hijrah/821 Masihi di Mesir ketika berumur 54 tahun setelah menetap disana selama 6 tahun.

Sifat Peribadi

1-Fasih bercakap,suaranya menarik dan seorang Qari yang masyur.
2-Berakhlak mulia,Kuat Ingatan dan Berhemah Tinggi.
3-Sentiasa beradab dan berdisiplin.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan pada tiap-tiap
lebih kurang seratus tahun seorang yang akan menerangkan semula ajaran agama-Nya.
Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah berkata,"Sesungguhnya aku melihat pada
Seratus Tahun Pertama seorang lelaki daripada keluarga Rasulullah yang memperbaharui
urusan umat ialah Umar Bin Abdul Aziz.Dan pada permulaan
Seratus Tahun Kedua,ialah Muhammad Bin Idris Syafie Rahimahullah.
Pendidikan

Sejak kecil,Imam Syafie telah mempelajari Al-Quran dan pada usia 9 tahun,Beliau telah menghafaz
keseluruhan Al-Quran.
Disebabkan minat yang mendalam di dalam ilmu pengetahuan,Imam Syafie mempelajari Bahasa dan Kesusasteraan Arab,Adab Resam dan Kebudayaan Arab di Sebuah Kampung Badwi Bani Huzail. 
Beliau tinggal selama beberapa tahun sehingga mahir dalam bidang penulisan dan menggubah syair dengan baik dan indah.

Kembali ke Makkah,Mempelajari:
Ilmu Feqah--->Imam Muslim Bin Khalid Az-Zinji(Ulama' dan Mufti Makkah)
Ilmu Hadis--->Imam Sufyan Bin U'yainah(Ain,Ya,Ya,Nun,Ta)(Ulama' Hadis yang masyur di Makkah)
Al-Quran---> Di Masjidil Haraam,Makkah.

Guru-guru Imam Syafie mengkagumi kebolehan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu walaupun
baru berumur 13 Tahun.
Semasa berusia 15 Tahun,Imam Syafie telah diberi pengiktirafan oleh guru-gurunya untuk menjadi guru(Syeikh) dalam Masjidil Haraam dan kebenaran fatwa dikeluarkan.

Beliau mengutip kertas dipejabat yang dibuang dalam bakul sampah untuk menulis pelajarannya disebabkan kemiskinan.
Beliau tidak berasa hina akan tetapi menjadi satu cabaran untuk terus belajar.

Imam Syafie sentiasa berusaha menghafaz setiap pelajaran yang dipelajari daripada gurunya.
Beliau menghafaz kitab "Muwata'" iaitu Karangan Imam Malik Rahimahullah sebelum ke Madinah untuk berguru dengannya.
Disebabkan sangat rajin menuntut ilmu,Orang bertanya kepadanya.
"Bagaimana engkau menuntut ilmu?"
Beliau menjawab,"Bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya."
Subhanallah!Betapa hebatnya cara Imam Syafie menuntut ilmu.
Cuba bayangkan bagaiman seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya.
Mesti siang dan malam akan terus mencari-cari tanpa berputus asa.

Beliau pergi ke Madinah untuk berguru dengan Imam Malik tentang Ilmu Hadis
dan mendalami Kitab Muwata'.Semasa tinggal di Madinah selama 8 bulan,
Kebolehan beliau diakui oleh Imam Malik dan Para Ulama' terkemuka di sana.

Selepas itu Imam Syafie pergi ke Iraq untuk berguru dengan Ulama' di sana seperti:
1-Imam Abu Yusuf
2-Imam Muhammad Bin Hassan As-Syaibani.

Beliau juga pergi ke Parsi dan Palestin untuk menuntut ilmu disamping menyebarkan ilmu
yang dipelajarinya.
Pulang ke Madinah untuk menziarahi Imam Malik dan selepas itu Beliau pergi ke
negeri Yaman,Iraq dan kembali semula ke Makkah.
17 tahun kemudian Beliau pergi ke Mesir sehingga Beliau meninggal dunia 6 tahun kemudiannya.

Begitulah kesungguhan Imam Syafie mempelajari dan mengajar ilmu pengetahuan.
Hebatnya!

Perkembangan Mazhab Syafie

Imam Syafie merupakan pengasas Mazhab Syafie.
Beliau bekas pengikut Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi.
Mazhab Syafie sebagai penyesuaian atau mengambil jalan tengah antara dua aliran mazhab iaitu:
1-Mazhab Ahli Hadis(Di Hijjaz)
2-Mazhab Ahli Ra'yi(Di Iraq)

Mazhab ini mengambil kedua-dua hujah aqliah dan naqliah sebagai dasar pengambilan hukum.
Walaubagaimanapun,Mazhab ini mempunyai dua pendapat:
1-Pendapat atau hukum yang dikeluarkan semasa beliau di Makkah dan Madinah,dinamakan "Qaulun Qadim".
2-Pendapat yang dikeluarkan semasa berada di Mesir dinamakan "Qaulun Jadid"
Banyak fatwa yang dikeluarkan semasa di Madinah dan di Makkah ditarik balik dan dikeluarkan pula fatwa yang baru.

Peringkat awal perkembangan di Hijjaz(Makkah dan Madinah)
Kemudian tersebar di Mesir,Palestin dan Negeri-negeri Afrika Utara.
Ketika di Mesir,Imam Syafie telah mengembangkan pengajarannya secara meluas sehingga ramai pengikut-pengikutnya dan murid-muridnya yang turut menyebarkan mazhab ini diluar Mesir.

Mazhab Syafie terus berkembang di Yaman,India dan Asia Tenggara(Indochina,Thailand,Malaysia,Indonesia,Brunei dan Filipina)

Faktor Perkembangan Mazhab Syafie di Asia Tenggara

Dakwah--->Pendakwah yang datang dari Tanah Arab yang kebanyakkannya Mazhab Syafie.
Perdagangan--->Hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dan Negeri-negeri Arab terjalin sebelum kelahiran Islam lagi.Pedagang Arab memainkan peranan penting dalam penyebaran Mazhab Syafie.
Pusat Pengajian--->Pembinaan pusat pengajian seperti pondok,pesantren,dan madrasah.

Mari kita lihat Syair Imam Syafie.
"Ilmu laksana binatang buruan,
Tulisan itu talinya,
Ikat buruanmu itu dengan tali yang kuat berutas.
Adalah bodoh orang yang memburu rusa baginya
membiarkannya dicelah-celah orang ramai,
Lari terlepas."
Sumbangan Imam Syafie Rahimahullah 

1-Pengasas Mazhab Syafie

2-Hasil kerja/Karya Penulisan yang dibukukan ialah:
   (a)Ar-Risalah,Mengandungi Usul Fikh
   (b)Al Ummu,Mengandungi Ilmu Fekah
   (c)Al Musnad,Mengandungi Hadis-hadis Rasulullah
   (d)Ikhtilaful Hadis
   (e)Kitabul Feqah
   (f)Al Jami'ul Kabir

3-Murid-murid Imam Syafie Rahimahullah:
   (a)Imam Abu Ibrahim Ismail Bin Yahya Al-Muzani
   (b)Imam Rabi' Bin Sulaiman Bin Abdul Jabbar Al-Murawi
   (c)Imam Abu Sur Ibrahim Bin Khalid Bin Yamin Al-Kalbi
   (d)Imam Hassan Bin Ahmad Za'farani
   (e)Imam Ahmad Bin Hanbal As-Syaibani

Mari kita lihat kata-kata Hikmah Imam Syafie Rahimahullah.


4 perkara yang menajamkan fikiran:
 (a)bercakap dengan orang Soleh
 (b)Tidak banyak berbual kosong
 (c)Bergaul dengan Para Ulama'
 (d)Rajin Bersugi

4 perkara yang menajamkan mata:
 (a)Duduk menghadap kiblat
 (b)Bercelak sebelum tidur
 (c)Memandang yang hijau
 (d)Berpakaian bersih

4 perkara yang menguatkan badan:
 (a)Berpakaian daripada kapas
 (b)Memakai haruman
 (c)Memakan Daging
 (d)Kerap Mandi

4 perkara yang merosakkan mata:
 (a)Melihat orang yang dibunuh
 (b)Membelakangi kiblat
 (c)Memandang najis
 (d)Melihat kemaluan

4 perkara yang melemahkan badan:
 (a)Banyak minum ketika makan
 (b)Banyak makan bahan masam
 (c)Banyak bersetubuh
 (d)Selalu cemas

Imam Syafie juga doktor hati.
Beliau berpesan,

Bukan itu sahaja,

Kata-kata yang paling menusuk jiwa ialah:
"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar,
maka kamu akan menanggung peritnya KEBODOHAN."
Wallahua'lam.
Semoga Bermanfaat ye!
Maaf kalau entri ini ada khilaf.
Sekiranya ada yang tersalah,sudi-sudi lah untuk menegur.
Contohilah Para Ulama' kerana mereka mewarisi Anbiya'.

Baca lah ye:)
Ini pegangan Mazhab kita.
Mazhab Syafie.
Siapa tak kenal,maka tak Cinta.
Itulah peribahasa Melayu.

Khairu minalallah Wa Syarru minal nafsi.

No comments:

Post a Comment

ShareThis