Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, 21 May 2013

Mirror, mirror on the wall...



"Masa dulu, aku telah banyak berdosa kepadaNya. Ya Allah, ampunkan aku! Tolonglah terima taubatku ini ya Allah!"

"Aku ingin berubah. Aku sudah takut untuk berbuat dosa. Tetapi, mampukah masyarakat menerima aku kembali setelah aku mengaibkan diriku di hadapan mereka? Masih ada orangkah yang akan mempercayaiku?"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sahabat-sahabatku. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, saya memulakan hujah saya pada malam ini.

Hujah saya pada hari ini bertajuk "Cermin". Mudah bukan? Kenapa ianya bertajuk begitu? Tatkala anda berdiri di hadapan cermin, siapakah yang akan anda nampak? Kalau bukan diri anda, bahaya alamatnya tu. Hehe..

Okaylah sahabat. Kita dalam hidup ini mesti pernah berbuat dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Kita ini tidak pernah dapat melarikan diri daripada membuat kesilapan. Kita bukan maksum ya? Selepas kita sudah sedar, barulah terbukanya hati kita untuk menerima hidayah Allah. Dan pada ketika itulah kita akan bertaubat.

Tapi masalahnya, kesilapan kita yang lampau telah memberi kesan dalam hidup sosial anda. Sama ada terhadap keluarga, sahabat, ataupun jiran tetangga. Jadi kita terfikir-fikir jika perubahan kita ini akan diterima oleh mereka atau tidak? Adakah mereka yang akan membantu kita dalam perubahan ini? Atau mereka yang akan membantutkan proses itu?

Mulut manusia kita tidak boleh tutup. Mereka memang akan berkata-kata. Kita nak larang, siapalah kita kan? Mungkin mereka akan berkata bahawa perubahan kita ini hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Tak pun mereka akan membuka aib kita yang lama. Lama-kelamaan kita yang stres selepas itu kita berbalik kepada perangai yang lama. Sia-sia sahaja.

Jadi, perlukah kita mendengar kata-kata mereka? Mereka bukanlah Tuhan untuk menghukum kita, malah mereka juga bukanlah yang memberikan hidayah kepada kita. Kalau kata-kata itu telah melemahkan semangat kita, jadi hentikan telinga kita daripada mendengar kata-kata itu dan terus maju ke hadapan.

Allah berfirman dalam Surah Al-An'am Ayat 125 "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam"
Jadi sahabat, jika kita melihat cermin, apa yang dipaparkan oleh cermin ialah diri kita yang sekarang. Bukanlah diri kita yang terdahulu! Jika sudah membuat kesilapan pada hari ini dan kita telah meminta keampunan daripada Allah SWT, maka pada hari esoknya, kita akan melihat diri kita yang baru di hadapan cermin. Cermin tidak pernah menunjukkan sifat kita yang sebelum ini.

Jadi bersyukurlah kerana hidayah telah sampai kepada kita. Apa yang orang nak katakan, biarkan sahaja. Teruskan perjalanan hidup kita di jalan yang direstui oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra'ad 11 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.”
Apa yang saya tulis ini adalah untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat saya yang saya sayangi. Segala kebaikan itu datangnya daripada Allah SWT, dan segala kelemahan itudatangnya daripada saya. Moga post ini dapat memberi manfaat kepada pembacanya. Amin, InsyaAllah. Selamat berjuang ke arah kebaikan sahabat! Assalamualaikum!

Tuesday, 14 May 2013

#1:Putuskan Tali-tali Jahiliyyah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Yang memberi kekuatan di setiap langkahku.
Yang memberi peringatan di setiap kealpaanku.
Yang memberi kemudahan di setiap kesusahanku.
Yang memiliki diri ini dan hamba ciptaan-Nya.
Yang Maha Esa,Maha Kuasa.

"Lepaskan aku!lepaskan aku!"
Dia meronta dengan kuat.
Tapi semakin kuat pula cengkaman yang terpaksa dia hadapi.
Siapa sangka,
Niatnya dulu hanya untuk bertegur sapa dengan 'Si Jahiliyyah'
untuk dibuat kawan-kawan bergurau,teman bersenda,
Akhirnya memerangkap dirinya sendiri.

Niat sudah betul tapi tindakan kurang bijak.
Syafiq,seorang akhi yang dihormati oleh junior-junior kerana kehebatan ilmu yang dimiliki.
Tapi apakan daya,kehebatan jahiliyyah dipandang sebelah mata.
Inilah yang manusia sering alpa.

Bukan tak pandai.pandai.
Exam semua dia sapu.
A+ saja memanjang.Tapi apa yang kurang?
cuma dia memandang rendah pada kuasa Jahiliyyah.
Dan berani sebagai 'Hero'.

Dia cuba untuk memutuskan tali-tali Jahiliyyah yang mengikat kawan-kawannya.
tetapi tanpa dia sedar,dia turut terikat sekali.
Malangnya selepas itu,tiada siapa yang mampu menolongnya.
itulah kekurangannya.
Kerana dia ingin menjadi 'Hero'.

Dia terjerumus ke lembah Jahiliyyah tanpa dia sedar.
Sedikit,sedikit,sedikit,Jahiliyyah menjadikan dia berubah.
Menjadi seorang yang kosong.
Yang hanya berfakta berlandaskan akal tanpa ditemani iman dan amal.

Begitulah kita wahai sahabat sekalian.
Kita sering kali lupa.
Sangat-sangat lupa.
Kerap sekali lupa.
dan jarang sekali hendak ingat.
Apa dia?
Kita kalut,takut,risau,bila tengok sahabat kita sayangi buat benda-benda tak elok.
Kita nak bantu mereka.
Kita nak tengok mereka buat benda baik.
Nak tengok mereka masuk Syurga.
Seboleh-bolehnya,nak jadikan mereka manusia paling sempurna yang pernah diciptakan.

Tapi kita sering kali tidak kasihankan diri kita ini.
Sering kali kita lalai.
Sering kali kita alpa dek dunia.
Kita sibuk tengok amalan orang lain.
Tapi tak pernah hisab amalan kita sendiri.
tak pernah nak menambah amalan kita.
Sebolehnya,kita nak orang lain masuk Syurga daripada diri kita.

Memang.ada orang nak bantu kawan-kawan dia.
Nak sama-sama menikmati nikmat Syurga.
Tapi perlu kita ingat!
Apa yang membuatkan seseorang layak untuk ke Syurga Allah?
Apa amalan yang akan dibawa untuk mendapatkan Syurga Allah?
Pertama,Amalan baiknya semasa di Dunia,
Kedua,Sedekahnya
Ketiga,Doa anak-anak yang soleh dan solehah.
Nampak?
Kita memang boleh sibukkan diri dengan ajak orang lain.
tapi jangan lupa untuk sibukkan diri ajak diri sendiri.
Untuk menghambakan diri kepada Allah.

Marilah kita putuskan tali-tali Jahiliyyah ini bersama-sama!
Kita bukan seorang sahaja 'Hero'.
Kita semua adalah 'Hero' bagi ummat islam.
Setiap orang merupakan 'Hero'.
'Hero' bukan berseorangan.tapi beramai-ramai.
Itulah 'Hero' bagi Allah.
 Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya,
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun
kukuh."(As-Saff:4)
Bangunan tak akan terjadi dengan hanya satu batu sahaja.
Bangunan akan terjadi bila ada banyak batu.
Batu,batu,batu,batu.
Bukan satu,
bukan dua,bukan tiga dan bukan pula empat.
Tetapi banyaknya tidak terkira.

Macam mana nak banyak?
Kenalah bersatu dalam memerangi Jahiliyyah.

Tengok tali Jahiliyyah yang mengikat tu tadi.
Adakah hanya satu?
Atau banyak?

Sebab itu 'Hero' bukan bermakna seorang.
Ianya bermakna beramai-ramai.

Marilah kita putuskan 'Sillaturrahim' dengan
tali-tali Jahiliyyah yang membelenggu diri kita selama ini.
Bantulah sahabat-sahabat yang perlukan pertolongan tanpa mengabaikan diri
yang masih terkapai-kapai.
Kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Masih ingatkah kita,
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..."
(Al Hujurat:10)
Bantulah antara satu sama lain.
Insya-Allah tali-tali Jahiliyyah tak akan membelenggu lagi seorang yang beriman.

Wallahua'lam
Khairu minalallah wa Syarru minal nafsi.
Semoga Bermanfaat!

ShareThis