Wednesday 15 May 2013

#1:Hari Nakbah,Kita Hanya Kerdil


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Besar,
Hari ini merupakan 'Nakbah's day' yang ke-65 bagi Rakyat Palestin.
Apa itu 'Nakbah's day?'
"Hari Nakba (bermaksud "Hari Kecelakaan") merujuk kepada
Hari Memperingati Pencerobohan dan Pemusnahan
lebih 500 bandar dan Kampung di Palestin oleh tentera Israel laknatullah
yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi Pelarian.
Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun.,iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara haram Israel laknatullah dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948.Pada
hari ini,Pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 Juta orang.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat,dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan.
Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat,Gaza dan di negara-negara Arab.
Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandaraya New York (2004).

Kini,Setelah 65 Tahun peristiwa ini berlaku,dianggarkan 6 Juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka.
Mereka ini telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

Jika suatu ketika dahulu seorang pemimpin yang bernama Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam 
Afrika Selatan dari sistem Aparteid,maka rakyat Palestin yang telah menghuni kem-kem pelarian sejak 
65 Tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Saya tergamam seketika apabila membaca status seorang akhi ini.


Allah.
Kita selalu lupa benda-benda penting.
Kita tak tahu pun apa benda Nakbah's day ini.
Kalau tahu pun hanya sekadar singgah ditelinga dan tanpa berbuat apa-apa.
Ya Rabb,Engkau Rahmatilah pejuang-pejuang agama-Mu.
Engkau rahmatilah mereka yang syahid di jalan-Mu.
Engkau bebaskanlah Tanah Palestin daripada Israel laknatullah.
Engkau berilah kekuatan kepada para mujahidin Palestin untuk terus berjuang
membebaskan Tanah Palestin.
Al-Fatihah.
 Memang.
Kita sambut Hari Guru.
Kita sambut Hari Ibu.
Kita sambut kerana besarnya penghargaan mereka ke atas kita.
Tapi kita sering tak nampak.
Sering kali buta untuk melihat 'Darah para pejuang Palestin'
yang mengalir.
Darah yang membawa ke Jannah-Nya.

Kita mesti!
Kita wajib hargai saudara seakidah kita yang berjuang untuk menegakkan Syiar Islam dan membebaskan Palestin daripada Israel laknatullah.
Tahukah kita bahawa di dalam Tanah Palestin itu terdapat sebuah Masjid di mana berlakunya Isra' dan Mikraj?
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari
dari Masjid Al-Haraam(di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),yang kami berkati sekelilingnya,untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui."
(Al Israa':1)
Nampak tak ayat yang berbunyi,
"...dari Masjid Al-Haraam(di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),yang kami berkati sekelilingnya..."
Allah memberkati kawasan di Palestin.
Sekiranya Allah memberkati kawasan tersebut,maka perjuangan Pejuang-pejuang Palestin bukanlah satu perkara yang sia-sia.
Bukan itu saja,Perjuangan kita memperingati Hari Nakbah ini bukanlah satu perkara yang sia-sia.

Kita perlu beri semangat kepada Para Pejuang Palestin dengan menyokong segala
usaha untuk membebaskan Tanah Palestin.
YA!itu satu tuntutan saudara seakidah kita.
Jangan nanti ditanya kepada kita di akhirat kelak,
"Apakah yang engkau lakukan semasa di Dunia untuk saudara seakidahmu yang sedang ditindas?"
Apa nanti kita mampu akan jawab atau terdiam bisu?
Menyesal ketika itu sudah tidak berguna.
Nasi telah menjadi bubur.


Marilah kita bersama-sama memperjuangkan Hak Asasi Rakyat Palestin untuk
membebaskan Tanah Palestin dari cengkaman Israel laknatullah.
Percayalah bahawa usaha kita selama ini bukan sia-sia.

Usaha memboikot.
Usaha berdoa.
Usaha menyebarkan kebenaran mengenai Palestin.
Usaha menghancurkan Israel dan sekutunya.
Itu semua tak pernah sia-sia.

Tahu tak kita bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a,pembantu Rasulullah SAW,Baginda bersabda:
Maksudnya,"Tidak beriman(secara sempurna) seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari no.13,Muslim no.45 dan Ahmad no.18076)
Cuba kita tanya diri kita balik.
Apa sumbangan kita?
Jangan tanya apa sumbangan orang lain.
Tanya,Apa Sumbangan kita untuk Islam.
Cukup kah?
Berapa banyak kah?
Ramai orang kata,
"Apa lah sangat usaha kau memboikot ini semua.sia-sia je.kau sorang je tak beli.
Ada lebih 10 ribu orang lagi yang beli.Mereka tak rugi apa-apa."
Allah.
Memang pada dasarnya mereka tak rugi.
Tapi kita harus fokus soalan tu pada diri kita.
Siapa yang bakal rugi sebenarnya?
Siapa yang bakal mensia-siakan akhirat mereka hanya kerana Burger,Kentang tu semua.
Lama-lama jadi najis juga.
Tak kemana.
Biarlah orang lain nak kata apa.
Janji kita ada menghulurkan sesuatu untuk akhirat kita juga.

Ehh,Ingatkah kita hebatnya tarbiyyah yang Allah nak berikan kepada kita.
Hanya melalui seekor burung yang kecil.
Usahanya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dipandang hina.
Dipandang sebelah mata oleh haiwan-haiwan yang lain.
Namun,burung kecil itu tahu bahawa usaha kecil itulah yang ingin dilihat oleh Allah.
Allah tak melihat sama ada dia berjaya atau tak.
Tapi Allah mahu melihat apa yang dia mampu lakukan.
Ingat tu!
Ambil Ibrah daripada cerita burung kecil yang hebat ini.
Subhanallah.

kita ini sama seperti burung kecil itu.
Hanya kerdil dan mengharapkan keampunan daripada Allah
atas segala dosa yang kita lakukan.
Kita ini kerdil.
Adakah Allah melihat hamba-Nya yang kerdil ini?
Tanya diri kita semula.
Berharaplah agar Allah memandang diri kita ini dengan Pandangan Rahmat atas usaha kita
membantu saudara seakidah kita yang sedang ditindas.
Kita Hanya Kerdil!
Sangat sedih apabila melihat ummat zaman millenium ini (termasuk diri ini)
yang hanya duduk diam apabila saudaranya ditindas.
Bantuan tak dihulur.Apakan lagi panahan doa.
Tanpa kita sedar,minda kita telah di 'Psycho' dengan pemahaman barat.

Ummat menjadi semakin alpa dengan dunia kerana virus 'Wahn' yang disabdakan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadisnya.
Daripada Tsauban r.hu berkata,telah bersabda Rasulullah SAW,
"Hampir saja orang-orang kafir berkumpul menyerbu dan menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul
untuk menyantap makanan.
Salah seorang sahabat bertanya,"Apakah kerana sedikitnya kami pada waktu itu?"
Baginda menjawab,"Bahkan kalian pada waktu itu banyak sekali,tetapi kamu seperti buih-buih di lautan.Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menimbulkan di dalam hati kamu penyakit 'Wahn'."
Seseorang bertanya,"Apakah itu 'Wahn' wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab,"Cintakan Dunia dan Takut Mati."
(Hadis riwayat Ahmad,Al-Baihaqi,Abu Dawud no 3745)
Cuba tanya diri kita,
Adakah kita terkena tempias 'penyakit Wahn'?
Semoga Allah memberkati Para Mujahidin Palestin atas perjuangan mereka membebaskan Palestin.
Semoga Allah merahmati Para Syahidin Palestin atas kesyahidan mereka membebaskan Palestin.
Dan Semoga Allah mengampuni kita atas khilaf selama ini yang kurang membantu Rakyat Palestin.

Kita hamba Allah.
Mereka juga.
Tiada beza antara kita dan mereka.
Bantulah mereka dengan memanah Doa antum dan antunna semua.
Ummat islam bukan satu dua saja.
Malah lebih ramai dan majoriti di muka bumi ini.

Adakah Allah tak mendengar Doa orang yang dizalimi?
Adakah Allah tak mendengar doa ummat islam ke atas saudaranya?
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Berdoalah kepada Allah.
Allah berfirman,
"Dan Tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu,
akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan Hina."
[Ghafir(Al Mu'min):60]
Jadi,berdoalah selalu agar Palestin menjadi milik asal Rakyat Palestin.
Biar Mereka tidak mendapat pembelaan dunia tapi mereka pasti akan
mendapat pembelaan di akhirat kelak.

Kita juga disarankan untuk membaca Qunut Nazilah.
Maksud doa Qunut ini memang hebat.


Wallahua'lam.
Khairu minalallah wal Syarru minal nafsi.
Semoga Bermanfaat dan semoga kita terus memperingati hari di mana 
Palestin "tiba-tiba" hilang dari dipeta dunia.
Dan "muncul" pula negara yang bernama Israel.
Semoga Allah menghancurkan Israel laknatullah dan sekutunya.
Allah Maha Mengetahui.
Senyum:)

No comments:

Post a Comment

ShareThis