Thursday 16 May 2013

Tips apabila mengalami Ulser Mulut



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Alhamdulillah.
Hari ini nak tulis tips kesihatan sedikit.

Pernah tak kita mengalami Ulser mulut?
Sekali terkena,nak makan pun rasa tak selesa.
Betul tak?
Apa punca berlakunya Ulser Mulut nie ya?

Ulser Mulut berlaku akibat,
Stress melampau,
Kekurangan vitamin C,
Tidak menjaga kebersihan mulut.
Dan mungkin sekali memberus gigi dengan kasar sekali.
Apabila kita mengalami Ulser Mulut yang berpanjangan.
Maksudnya dah seminggu masih tak elok-elok lagi.
Jadi,ikut tips ini.
Yang pertama,dapatkan lima helai daun cengkih dan lima helai daun sirih.
Kemudian,Masukkan kedua-dua bahan itu ke dalam dua gelas air.
Rebus air sehingga tinggal separuh gelas dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
Apabila ia sejuk,tapis dan tambah dua sudu kecil madu aslu dan kacau sehingga rata.
Setelah selesai makan,berkumurlah dengan menggunakan ramuan itu.
ia juga dapat diminum apabila kita mahu.

Untuk menghindarkan Ulser Mulut,
1)Banyakkan meminum air suam
2)Berehat dan tidur dengan cukup
3)Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya berada dalam keadaan baik
4)Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.(pastikan vit B12 dan vit C cukup diambil)
 
Cara mudah saya apabila mengalami Ulser Mulut,
Ambil air yang suam-suam.tidak terlalu panas.dan tidak terlalu suam
Campur garam ke dalam air tersebut.
Kacau air tersebut.
berkumur-kumur dengan air garam tersebut.
Insya-Allah masalah sakit daripada Ulser Mulut akan berkurangan.

Selain itu,anda boleh cuba yang tips yang ketiga ini pula.
Selalunya apabila seseorang mengalami Ulser Mulut,
mereka disarankan supaya menyapu atau meletakkan majerin di tempat yang terkena.
Majerin mengurangkan rasa sakit sedikit.
Cubalah.
Insya-Allah berhasil.

Cubalah sekiranya anda mengalami Ulser Mulut.
Kita hanya berikhtiar tapi sebaik-baik penolong hanya Allah.
Berdoalah supaya dipercepatkan sembuh.

Wallahua'lam.
Semoga Bermanfaat.
Ikutilah tips yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis