Tuesday 14 May 2013

#1:Renungan buat seorang Pemimpin.


Ibarat seorang pemimpin,sebelah kaki mereka berada 
di jurang neraka dan sebelah lagi disyurga.
Salah langkah,buruk padahnya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ini cerita seorang Pemimpin.
Mari kita ambil Ibrah daripada kisah tersebut.

Renungan Buat Seorang Pemimpin!

Pada suatu hari,Khalifah Harun ar Rasyid sedang menaiki Bukit Safa.
Muncul seorang tokoh umat yang bernama Abdullah bin Abd al-Aziz al-'Umari lalu berkata kepada Khalifah,

Umari:Cuba Tuan lihat ke arah kaabah itu.

Khalifah Harun:Ya.Aku sedang melihat ke arahnya.

Umari bertanya,"Berapa orangkah yang engkau lihat wahai Khalifah?"

Khalifah kemudian bertanya semula,"Siapa yang mampu mengiranya?"

Umari bertanya pula,"Berapa jumlah manusia seperti mereka?"

Khalifah Harun menjawab,"Hanya Allah yang mampu mengiranya."

Umari kemudian berkata,
"Ketahuilah engkau wahai Khalifah bahawa setiap mereka itu
hanya akan ditanya di akhirat tentang diri mereka sahaja.
Sedangkan engkau akan ditanya di akhirat tentang mereka semua."
Maka berhati-hatilah engkau akan nasib engkau nanti.

Maka terduduklah Khalifah Harun ar Rasyid mengenangkan nasibnya di akhirat kelak.

Bukan mudah untuk menjadi seorang PEMIMPIN!
Sekiranya manusia tahu bahawa beratnya tugas sebagai pemimpin.
Khalifah Harun ar Rasyid yang hebat masa zaman pemerintahannya pun takut akan gelaran "Pemerintah" ataupun "Pemimpin" yang diberi amanah untuk memimpin ke arah kebenaran.
Apa pula kita ini kan?

Ingat tak kita bahawa Malaikat Allah yang sentiasa bertasbih dan memujinya berasa hairan apabila manusia ini ditugaskan untuk menjadi KHALIFAH di muka bumi ini?
Manusia yang dikatakan rakus dan sentiasa membawa kerosakan.
Tapi Allah Maha Mengetahui.
"Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,
'Aku hendak menjadikan khalifah(pemimpin) dibumi'
Mereka berkata:Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang
merosak dan menumpahkan darah di sana.
sedangkan kami bertasbih,memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu?
Dia berfirman,'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'."
(Al Baqarah:30)
Kenapa ada manusia yang sanggup?
Yang pastinya,Gunung-ganang,langit dan bumi tidak mampu memikul amanah yang Allah berikan.
Mari kita teliti ayat Al-Quran di bawah.
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah(kami) kepada langit
dan bumi serta gunung-ganang(untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya
dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia(dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.(Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia adalah suka melakukan kezaliman
dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
(Al Ahzab:72)

Sudah bersediakah engkau wahai BAKAL PEMIMPIN?
Adakah engkau terkesan dengan cerita Khalifah Harun ar Rasyid?
Wahai Pemimpin!Aku akan menuntut di akhirat kelak sekiranya kepimpinanmu
bukan jalan yang diredhai oleh-Nya.
Bantulah aku sebagai pengikutmu untuk menuju ke Jannah-Nya yang abadi.

Yang terakhir,Ingat ini!
"Ibarat seorang pemimpin,sebelah kaki mereka berada di jurang NERAKA dan sebelah lagi di SYURGA.Salah langkah,BURUK padahnya."

Aku disini hanyalah sebagai 'Pemberi Peringatan' yang diizinkan oleh Allah.
Aku berpegang kepada ayat-Nya ini,
"...dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah al Asr:3)

Wallahua'lam.
Khairu minalallah wal syarru minal nafsi.
Semoga Bermanfaat dan menjadi peringatan yang berguna buat Pemimpin dan Bakal Pemimpin!

No comments:

Post a Comment

ShareThis