Tuesday 14 May 2013

#1:Kisah Remaja bercita Syurga


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Pernahkah anda mendengar kisah Tha'labah?
Seorang daripada sahabat Nabi Muhammad SAW yang mempunyai visi dan misi yang sangat agung.
Seorang remaja yang sangat hebat pada zaman Rasulullah.

Mari kita kenali beliau.
Nama sebenar beliau ialah Tha'labah Bin Abdul Rahman 
berusia 17 tahun.

Setelah memeluk islam,Beliau selalu mengikuti Rasulullah SAW mengajar dan sekiranya 
Baginda berhajatkan sesuatu,Baginda akan khabarkan kepada si Pemuda yang bernama Tha'labah.

Pada suatu hari,Rasulullah meminta Tha'labah untuk mencari barang yang Baginda hajati.
Dalam perjalanan,Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka.
Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut terbuka.
Apabila Tha'labah berjalan melalui rumah tersebut,Beliau TERLIHAT
akan seorang perempuan yang sedang mandi.

Lalu Tha'labah merintih,
"Ya Allah,Aku takut nanti Malaikat Jibril akan memberitahu Rasulullah.
Ya Allah,aku takut turunnya ayat Al-Quran yang menyenaraikan aku di
dalam golongan yang berbuat dosa."
Beliau lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah SAW dan melarikan diri di sebuah
Bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua.
Beliau asyik menangis kerana kesal akan Dosanya.

Rasulullah SAW menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun 
Tha'labah tetap tidak tiba.
Baginda mengarahkan Saidina Umar untuk mencarinya dan 
terjumpa Tha'labah bersembunyi di puncak bukit.

Saidina Umar berkata,"Tha'labah,Rasulullah ingin berjumpa kamu."
Tha'labah bertanya,"Kenapa?"
Sudah turunkah ayat tentang dosanya kerana dia tak nak masuk neraka.

Saidina Umar memimpin Tha'labah pulang ke rumah kerana keadaan dirinya yang 
sudah sangat lemah setelah beberapa hari di gua.

Apabila Rasulullah SAW menziarahi Tha'labah,
Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Lalu Tha'labah mengetepikan kepalanya lalu berkata,
"Kepala yang penuh dengan dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu."
Rasulullah SAW bertanya apa yang Tha'labah mahu.
Lalu Tha'labah menjawab,"Keampunan Allah."

Rasulullah SAW bertanya,"Apakah cita-citamu wahai Tha'labah?"
Beliau menjawab,"Aku hanya inginkan Syurga Allah."
Rasulullah berkata,"Wahai Tha'labah,aku menjamin apa yang kamu mahu dan cita-citamu."
Tidak lama selepas itu,Tha'labah menghembus nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Semasa Pengebumian Tha'labah,Rasulullah SAW datang agak lewat.
Para sahabat membuka jalan seluasnya kepada Rasulullah SAW untuk rapat ke kubur Tha'labah.
Rasulullah SAW berjalan dalam keadaan perlahan dan seperti tersekat-sekat.
Para Sahabat berasa hairan lalu bertanya kepada Baginda,
"Wahai Rasulullah,kami telah membuka jalan,mengapa Rasulullah berjalan seperti tidak selesa?"

Rasulullah SAW menjawab,
"Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya Malaikat yang hadir untuk menghantar Tha'labah ke kubur."

Subhanallah!
Hebatnya ciptaan Allah yang bernama Tha'labah.
Umurnya muda tapi cita-citanya sangat besar.

Allah berfirman di dalam Surah At-Taubah,
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,
(akan beroleh)Syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai;
mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam
"Syurga Adn" serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya;
(balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar."
(At-Taubah:72)
Allah.
Janji Allah kepada hamba-hambanya yang melakukan amal soleh.
Siapa tak percaya janji Allah kan?

Jadi,Mari kita bersama-sama menjadi pemuda seperti Tha'labah.
Ketokohan beliau kerana Cintakan Syurga.
Cita-cita beliau bukan Dunia yang sementara.
Hebatnya!

Wahai Syabab yang dicintai Allah dan Rasul-Nya,
Bangkitlah daripada sapaan kemaksiatan.
Bangunlah dan tegakkanlah panji-panji islam.
Janganlah engkau berasa lemah
Allah berfirman,
"Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam),
dan janganlah kamu merasa berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu),
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan)
jika kamu orang-orang yang(sungguh-sungguh) beriman."
(Ali imran:139)
Dan Allah juga berfirman,
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah.
Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya."
(Al Baqarah:207)
Mari kita mencari keredhaan Allah.
Mari semua Syabab yang bakal mewarisi Syurga Firdaus.

Wallahua'lam.
Khairu minalallah wal Syarru minal nafsi.
Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

ShareThis